Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Tuesday, January 3, 2012

Testing

Tujuan utama nk testing jer dr apps yg diinstall di tipon ku oleh en suami ku supaya aku rajin mengupdate blog.

Dah pukul1 pagi , mata aku x leh nk lelap lagi, bnyk benda bermain kt kepala ni. Sok fr the first day adam start kafa baru. And anak2 ku yg berjumlah 3 org itu ( buat masa ni) juga ke taska & transit baru. Macam mana la keadaan diaorg esok, ok ke, ada kawan ke, cikgu2 ok ker? Aku tengok diaorg ok jer mak di ni pulak yg mengelabah.. Agaknya semua mak sama kan termasukla mak aku! love u Ma! Mesti masa aku nk ke sek asrama dulu dia pun pikir yg sama..

Aku kena tidur gak , banyak kerja nk settle sok.. Ya Allah biarlah hari esok lebih baik dr sebelum2 nya!
Read Comments

Saturday, August 6, 2011

Sukan Tahunan

Disbbkan aku tidak mempunyai begitu bnyk masa utk bersenang-senang, begitu lambat aku megepos kan entri yg dah lama dlm kepala aku ini.

Hari sukan first adam kt sekolah tu.. hari ahad bersamaan dgn 17 julai 2011 dan bersamaan juga dgn en somi ku ada class. Dengan muka confident dan hati ku yg x brapa confident ni aku mendrive kereta ku bersama ngan ank2 ku yg 3 org itu dan juga adikku.

Kami kluar awal sesangat, sbb untk mendapatkan parking yg elok, sbb time tu takde org lg so aku boleh la pilih tmpt yg senang bg aku utk park keta aku.

Bg aku event tu ok2 ajer, mayb sbb tu sukan tahunan pertama utk sekolah tu, mestilah banyak skit benda yg perlu dperbaiki. Khemah utk ibu bapa mmg x banyak, ramai yg terpaksa dok tgh panas..nasib baik panas kalu ujan cam ner la.Lagi satu aku ingatkan ade la jamuan ringan utk ibu bapa tp takde.

Adam pun tak tau dia terlibat ker tak dlm apa2 acara.. so aku tunggu sampai acara darjah satu habis, disbbkan kepanasan yg melanda n kesian gak ngan alisha plus mak nya ini takut nk bawak kete time org ramai balik, aku mengambil keputusan utk balik awal. Lepas ckp ngan cikgu kitaorg pun chow.. adala 2,3 org ibu bapa yg dah balik. Alhamdulilah aku berjaya kluar dr parking ku itu dgn selamat tanpa melanggar apa2 yg hidup ataupun x hidup..Itu satu kejayaan yg besar bg aku.. Syabas utk linda! hehe..

2 minggu selepas tu, adam bwk balik medal. Rupa2nya dia terlibat dlm acara sukaneka( masukkan air dlm botol), tp acara tu dah dibuat sblm hari sukan.. So syabas anakku!



Sorang satu jer yer n ada yg kena kongsi.. sungguh bajet sekolah ini.

kami org kuat rumah merah!

saya sokong abang saya. merah! merah!
Read Comments

Sunday, July 10, 2011

Mari Memandu

Hari Sabtu lepas bersamaan dgn 9 July (bersih time)..mr hubby memaksa ku utk aku belajar memandu, maklumlah lesen dlm purse aku ni renew jer tiap2 tahun tp pakainya tidak. Aku dipaksa dan terpaksa menghantar Adam kesekolah Ahad ni disebabkan mr hubby ku ada kelas..So ari tu aku bwk la kereta hitam ku ulang alik dr rumah ke sekolah..2x tau..

Sempot2 jugaklah kreta tu dibuatnya oleh aku yg pandai sesangat memandu ni.. emm yg failnya nk naik bukit tu aku pakai gear 3 tidok ker mati kreta tu.. pastu dah gelabah, aku rasa org belakang pun dah naik kecut takut aku langgar kreta dia.. tp nasib baik mr hubby bg sokongan moral kat aku, walaupun aku rasa dia sendiri pun kecut jugak.. rasa2nya 3 x kreta aku mati.. emm nasibla..Turun jer dari kreta tu rasa nak pitam pun ada. Aku ni tiap2 tahun berazam nak pandai bwk kreta, tp tiap2 tahun jugaklah x tercapai hajat aku.Hopefully tahun ni aku berjaya.

Anak2 ku ceria sbb mamanya pandai bwk kreta(yo lah)

Bersantai di kedai mamak selepas penat mengajar pn istrinya..(penatlah sangat)
Read Comments

Saturday, July 18, 2009

Sehari Bersama Adam

Nie cerita minggu3x lepas. Disebabkan aku terpaksa bekerja pd hari sabtu dan ahad(27th n 28th june) . So aku bwk la bebudak tu kat opis. Hari sabtu bwk Mia n hari Ahad bwk Adam.Pagi2x Ahad Mr hubby antar kitaorg n time balik, balik sendiri la. Lagipun Adam mmg teringin nk naik train. sanggup jln kaki tu.Mmg rutin aku dr office ke lrt masjid jamek/dang wangi aku jln kaki ambil masa dlm 20mnt gak. Bnyk gak aku bg alasan kat Adam, kata train rosak la, penat la. tp degil nak jugak balik naik train. So kitaorg berdua-duaan berjln kaki.Adam tak merungut penat langsung sampaila ke station dang wangi. Diolag dia ngan aku dlm train:-
Adam: mama ..boleh tak Adam ckp kat org tu.."org tua boleh Adam nak duduk"
Aku: hish..mana leh ckp cam tue..
Adam: oo..abis tu Adam kena ckp "autie... leh Adam duduk".
aku: aahh.. cam tu la.
penat la tu.. he..he sian dia, last2 dpt jugak dia duduk. Pas tu kitaorg g jln2 kat mid valley, window shopping jer.Penat mmg penat tp seronak. Gambar muka boring Adam tunggu train akn diupdate kemudian. Sekian.
Read Comments

Sunday, July 5, 2009

Hari Sukan Tadika Cahayaku Seri Nilam..

emm sebelum masuk kecerita nie..aku nk cerita dulu kisah hujung mggu lepas. Tak silap aku hari sabtu dlm kul 7 pagi. Bangun2 tidur jer Adam masuk bilik solat, bukak lampu then dr ruang tamu aku dgr dier dok mengira..1,2,3,4 ho..ho.. rey, 5,6,7,8, go..go..go..1,2,3,4..oooo 5,6,7,8..yeeellooow.. he..he..kelakar lak..rupa2nya dier dok practise utk latihan rumah sukan dia....so hari nie kita org satu family pergi ke hari sukannyer..Aku rasa best la majlis tu..Anak2 kita pun berani, dan diaorg mmg jujur bersukan.. emm hari nie adam masuk acara: tiup belon, isi air dlm baldi, baling pundi kacang (tul tak, pundi kacang ker?) baling gelung rotan..sunguh2 dia lari..cute lak tgok.. And mak dier pun masuk gak lari dlm guni..aku n mr hubby masuk lukis potret dan juga mencari anak. Mr hubby lak masuk lari berjengket dan berjaya mendapat tempat kedua....n teka gula2..aku berjaya mendapat tmpt ke-4 dr 14 peserta..kira hebatla tu kan..Tahniah diucapkan utk pengetua nya Puan Rozinah dan juga cikgu2 yg menjayakan majlis nie..Mari kita layan gambar2 nie..


Bersiap-sedia utk perbarisan..

Acara membaling gelung

Tiup belon..fail last2 aku yg tolong tiup..

Isi air dlm botol..
Read Comments

Sunday, June 14, 2009

Beriadah di Tmn Bukit Jalil.

Hari ni pagi-pagi lagi kitaorg ke Tmn Bukit Jalil. Selalunya bwk adam n mia main kat playground kat sana jer. Hari ni aku ngan Mr hubby berjogging kat sana. Tmptnya mmg best , besar n mmg sesuai sgt utk jogging. So kat bwh nie pic kita org utk hari nie..


papa n mia -penat nie..

mama n adam-leh kurus tak agak2 lepas nie..

aduh penatnyer jogging
Read Comments

Sunday, February 8, 2009

Picnic Di sg Chongkak

mia selepas mandi



papa n mia mandi. second pic tu , aku n adam odw nak balik, jauh tu jln..

Semalam bersamaan dgn 8hb Feb 09(Thaipusam day), kitaorg 1 family buat lawatan ke sg congkak. Dah lama tak g ketempat-tempat sebegitu. Time aku kecik dulu ayah aku selalu bawak kita org 1 family mandi2 kat pantai/ air terjun. Time takde kreta pun kita org tumpang2 keter jiran. Time2 dulu kitaorg kalau nak berkelah, leh katakan satu taman tu ikut, so yg mana takde kreta tumpang2 org yg ader kreta. Pernah sekali aku meraung-raung nak ikut diaorg. Sbb masa tu ayah aku kerja kot , aku tak leh g.

Minggu lps kawan aku pergi sg chongkak, dia kata best kat situ ader pokok cam dlm citer kampung boy. Takder la pulak pokok tu, aku pun dok mencari jugak. Mia ngan adam mmg enjoy, tp first2 adam nie takut ngan air, tp bila dia tgok adik dia main air dah berani skit, Bapak dia lg la best, siap nak berenang lagi. Aku la yg tak leh mandi. Saper yg nak jaga brg2 yg kitaorg bwk nie. Tpt cam ni bukannya leh tinggal brg. So tgok jer la budak tu main. Makanan aku bawak jajan jer, coz pagi tu dah makan nasi lemak buatan sendiri..Ingat nak bertolak pagi2 lg, tp my hubby tidur lambat smlm tgok bola. so kitaorg kluar dlm kul 11am. Harap2 lps nie kitaorg berpicnic di rantau abg la pulak. Tul tak bang, saya tuntut nie.. :)











Read Comments

Ala-Ala Tudung Ekin.

Dah lama aku dok usha tudung yg ada 'awning' ni. Tapi muka aku ni cam tak sesuai jer nak pakai tudung cam tu. Tapi last2 aku terbeli jugak, senang nak pakai sebab tak payah nak iron, so kalau g kedai runcit ker leh ler pakai tudung tu. So jumaat lps aku try beli, tp beli yg murah jer nak test dulu, RM8 jer . Balik umah aku rasa cam tak sesuai jer. Ntah bila la aku nak pakai. Aku test tudung tu kat Mia. Comel la pulak dia pakai. Adam pulak nak pakai kopiah, tgok adik dia pakai tudung. cam ustaz ngan ustazah kecik :)


comel tak? siap ada jambul nie..


ustazah ariana n ustaz adam...
Read Comments

Wednesday, December 31, 2008

Happy New Year!!

Selamat tahun baru 2009. Cepat jer masa berlalu, pejam celik-pejam celik dan 2009. Malam ni aku dok umah jer bersama ngan mia dan cik pida. My hubby ngan adam pergi rumah bubu, ada barbeque kat sana. Emmm..bestnyer. Teringin la pulak nak buat makan -makan kat rumah nie, tapi asyik postpone jer , maklumlah tak cukup budget. Barang pun banyak yg takde. Insyallah satu hari nanti leh ler aku jemput kekawan datang umah..
Emmmmmmm besttttttttnyer esok cuti!
Read Comments