Memandangkan buku resepi aku dah pun dihancuskan n dibasahkan oleh mia, so aku rasa lg elok aku tulis resepinyer kat sini..resepi ni diambil dr mak aku. pagi tadi aku buat nasi kerabu urk sarapan. So nie ler resepinyer:
Nasi:
-masak nasi cam biasa cuma tambahkan daun limau purut dan pewarna biru.
Sambal Tumis:
-bwg merah, bwg putih, halia(dikisar). Tumiskan bahan2 td bersama dgn cili boh dan kunyit.Masukkan santan dan serai. Selepas tu masukan budu(dlm 2 sudu). kacau sampai pekat.
Sambal Ikan / Kelapa:
-ikan dibakar kemudian asingkan isinya dan ketepikan. Kelapa digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk(jgn hancur sgt) dan diasingkan.Bwg merah, putih, halia, serai, lada hitam, gula dan garam-semuanya dikisarkan.Satukan kesemua bahan dan digaul.
Sambal Cili:
-cili ditumbuk bersama dgn gula,garam.Kemudian tambahkan cuka dan juga perahan air limau.
Ulam-ulaman :
kacang panjang, timun, taugeh, daun kesum, serai-semuanya dipotong halus-halus.
**sukatannya aku main tabur jer , maklum lah resepi dr mak. Mkn dgn daging bakar, solod lada, telur masin dan keropok. emmm sedapnyerrrrr..
A whole new world
3 months ago
No comments:
Post a Comment