Wednesday, December 31, 2008

MISS U ALL

Tengah dok tengok Ambang 2009 di Dataran Merdeka, tetiba teringat la kenangan ngan kawan-kawan kat um, dok lepat kat sana. So, teringin nak menulis kat sini. Rasanya masa tu dlm first yr aku kat um, aku, yusmani, ila,eita,nanie, suhana ntahla saper lagi dah tak ingat, kita org semua pakai baju kurung nak pergi open house kat PWTC-puteri UMNO la. Lepas pergi sana jalan-jalan kat sogo and then kami ke dataran merdeka, sajer nak berjalan. Masa tu masing -masing dok layan perasan, cerita pasal family, bf , macam-macam citer lagi, tak sedar dah pukul 12am lebih. So apelagi nak balik hostel dah tak boleh, kitaorg tak tau nak g mana, dgn pakai baju kurung lagi.So kitaorg lepak jer la kat situ, he..he.. kelakar la pulak time tu,pagi-pagi esoknya tu kami balik hostel, tidur..ngantukk. Korang miss u all..LINDABEST kan!!
Read Comments

Happy New Year!!

Selamat tahun baru 2009. Cepat jer masa berlalu, pejam celik-pejam celik dan 2009. Malam ni aku dok umah jer bersama ngan mia dan cik pida. My hubby ngan adam pergi rumah bubu, ada barbeque kat sana. Emmm..bestnyer. Teringin la pulak nak buat makan -makan kat rumah nie, tapi asyik postpone jer , maklumlah tak cukup budget. Barang pun banyak yg takde. Insyallah satu hari nanti leh ler aku jemput kekawan datang umah..
Emmmmmmm besttttttttnyer esok cuti!
Read Comments

Sunday, December 28, 2008

1430 Hijrah

Hari ni berakhirlah 1429 Hijrah.Semoga perkara yg best ditahun 1429 akan menaikkan semangat kita lagi untuk terus maju ditahun ini.

Seperti biasa setiap hujung bulan, sabtu dan ahad diwajibkan kerja. Semalam aku masuk lambat coz settlekan pendaftaran Adam ke tadika baru-TADIKA CAHAYAKU SRI NILAM. Hopefully banyak benda yg Adam boleh belajar nanti.
Hari ni pun kerja , siapkan sarapan pagi and then terlambat sikit, so my hubby hantar terus g office (Thanks..kalau hari2 kan best...:) ) Dalam pukul 4.30pm,habiskan kerja, siap-siap untuk majlis tahlil selalunya sebulan sekali mesti ada, lepas tu kami sudahkan dgn bacaan doa akhir tahun.Sementara nak tunggu maghrib adalah jamuan untuk kami.Nasi tomato, kueh tiow kerang, karipap, kek span dan byk lagi.Masuk waktu maghrib kami solat jemaah dan diiringi dengan doa awal tahun.

Semoga rezeki kami dimurahkan , kehidupan kami bahagia dunia dan akhirat, dan aku dapat menjadi isteri dan ibu yg baik. Tak lupa juga untuk semua umat islam diseluruh dunia. Amin.
Read Comments

Monday, November 3, 2008

BEST THING HAPPEN IN MY LIFE

Balik dr off td , dlm train tetiba teringat benda2 yg best berlaku sepanjang aku hidup 27thn ni. Mungkin bg org lain tak la best tp benda2 ni la yg menyebabkan keyakinan terhadap diriku.

  1. Merantau ke kedah, jauh dr rumah utk sekolah berasrama, dr umurku 13 thn. Cam tak caya jer, dah la aku ni anak manja, maklumlah beza aku ngan adik 6 thn.
  2. Aku dpt result best time spm 12 agg.
  3. Menyertai pertandingan karoake semasa darjah 6. tak ckp kat abah takut abah marah..
  4. Masuk pertandingan syarahan dkt kantin sekolah (srk ss1)
  5. Berlakon dlm drama bhs inggeris, walaupun aku ni tak pandai bi.(jd kwn mahsuri jer)- kat mrsm balik pulau.
  6. Belajar dan juga tlh berjaya meyembelih seekor ayam -time amali agama kat sek.
  7. Aku n JJ kena duduk kat kubur cina, tgh malam buta , rasanya dkt 1 jam. (kononnya utk keyakinan diri, maklumlah nak spm) tu pengalam ngeri akula..tp kay gak bila lg nak lepak kat situ kan, sambil mkn biskut kering.
  8. Selamat melahirkan 2 cahaya mata yg comel n nakal gak.
  9. Buat persembahan tarian kat DTC. emm aku mmg minat dgn tarian..terigin nak menari lagi
  10. Kerja part time di mcd uo-(sbbnya dpt jumpa suamiku..he..he..
Harap2 bnyk lg perkara yg best dlm hidupku dan aku juga dpt lakukan perkara yg best utk org2 yg aku syg.
Read Comments

Sunday, October 26, 2008

MIA ARIANA-7 MONTHS

Sekejapjer masa berlalu, pejam celik-pejam celik, mia dah 7 bln. Sekarang mia dah boleh mengesot, laju betul. tempat fav dia bawah meja komputer adam. Apa yg dia jumpa semuanya dah pandai masuk mulut. so sekarang ni kena lah rajin menyapu, kalau tak nanti mia lak yg jadi dbkl. Sekarang ni, dia dah mula makan makanan lain, linda buatkan bubur nasi(yg di blend) , kalau tak sempat bagi nestum jer. susu pulak dah tak bf dah, mungkin sbb ambil pil, susu kurang. so mia sepenuhnya minum susu segar dr ladang-dupro. (sorry yer pa). emm mulut pun dah banyak ckp...."pa..papapapap...." mamaaaamaa".
Hopefully dia jadi anak yg baik dan soleh.Amin.
Read Comments

Monday, June 23, 2008

TODAY IS MY BIRTHDAY!

Alhamdullilah, aku masih lagi bernyawa, banyak lagi yg aku perlu perbaiki, semoga hidup ku bahagia sentiasa, dimurahkan rezeki, dikurniakan anak-anak yg soleh, semoga menjadi ibu dan isteri yg baik.
Lagi 45 minit sebelum pukul 12 malam dan tarikh 23062008 berakhir. Tiada yg istimewa hari ni, ma,abah dan adik2ku pun lupa, nak wish.It's okey..lagipun aku selalu jugak lupa nak wish utk diaorg.Nothing special..Balik dari kerja , cuba-cuba bukak friendster kot-kot la ada kenkawan wish. tapi hampeh,cian linda, ikh..ikh..mungkin aku kurang baik n kurang best agaknya...
Tengok gak blog2 yg aku kenal dan rapat tapi takde ucapan untuk ku, mungkin aku swiper yg hodoh dan tak best..it's okey, i know who i am..
Apa pun yg berlaku hari nie, best ker tak best ker, ia tetap 23 june 2008.itu tarikh yg aku suka,thank a lot mum, kerana melahirkanku dan menjagaku sehingga sekarang..love u so muchh, aku akan berusaha menjadi sebaik yg mungkin, jadikankan yang pahit, pedih itu pengajaran dan yang baik , manis itu kenangan yg tak mungkin aku lupakan. so now i'm 27!!Apa pun org kata, aku tetap nak cakap "LINDABEST" and "MEMANGBESTSANGAT"!!
Read Comments

Friday, June 13, 2008

My weekday


5.30am- bf mia
6.00am- bangun , mandi, solat, siapkan apa yg patut,
6.30am- time papa bangun, kejutkan adam
6.45am- adam lak mandi, siap2 nak g kerja
7.00am- keluar rumah, hantar mia n adam kat nursery
7.15am- on the way ke lrt station sg besi
7.40am- naik train
8.05am- sampai kat pudu station
8.15am- naik bas (metrobus/sj bus 62/65)
8.30am- sampai office, breakfast, gosip2x
8.45am-8.15pm- kerja, kerja, kerja, dengar bos bebel, bergossip(bkn mengumpat yer), kerja lagi, kerja, kerja.............
8.16pm- sign buku nak balik(cam sekolah jer)
8.30pm- on the way ke lrt station(jln kaki)
9.20pm- sampai kat sg besi
10.00pm-sampai rumah, siapkan barang2 mia n adam utk ke nursery, baju kerja mama n papa, kemas rumah skit.
12.00pm-tidurrrrrrrrrrrrr..bestnyer
Read Comments

Saturday, May 24, 2008

Gembira Hidup Ini

Uhh.. yeahh, yeahh
Laa..laa..laa..laa..

Disini kunyatakan semua
Cerita kehidupanku
Telah tempuhi hidup yang sukar ku terima

Tapi ku mampu laluinya
Merempuh suka dan duka
Dengan tenang hati ku telan pahit manis kehidupan

Chorus:
Sekiranya
Ku tak mampu
Halangi semua
Pasti ku hampa

Sekiranya
Ku tak bersedia
Akan ku pulang ke asal ku
Tapi ku tak rela

Kerna ku sorang manusia
Yang tak suka pada duka
Kerna ku saying gembira
Gembirakan hidup ini

Kerna ku tahu inginku
Apa yang aku inginkan
Akan ku capai segala
Segala yang diinginkan
Demi kehidupanku
Read Comments

Aku Lebih Tahu

Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu

Bukan mahu
Cuba dabik dada denganmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu

Luar dan dalam
Tiada rahsia
Lafaz dan diam
Dah pun ku bacanya
Langkah dan ragam
Hanya mencinta bahagia

(Chorus)

Dalam cinta harus saling percaya
Dalam cinta harus berani pasrah
Dalam cinta harus janganlah goyah
Dalam cinta harus sejiwa

Ku tahu
Kau bukan lawan untukku
Sampai aku harus cemburu
Fikirkan dirimu

Bukan mahu
Cuba dabik dada dgnmu
Siapa dia kasihku
Aku lebih tahu

Read Comments

Friday, May 23, 2008

Good News

alhamdulillah, setelah 4 thn bekerja kat company c, lastly i dpt title permanent worker, tp biasalah ada probition 6mths, interview dah lama 22 april hari tu , result baru dpt tahu, n then td br pergi medical checkup.Mula-mula geram gak ngan en z nie, ada ker dia suruh sain yg contract punya, suruh dia double check n call hr,lastly, lega den.. confirm i dpt permanent, tp offer lttr kena ambil hari isnin nie, kesilapan teknikal katanya..emm it's ok... mood i baik ni, so, 26hb nie bermulalah kerjaya ku sbg seorang isteri, ibu dan juga pekerja yg best!!(tul ker?)

Hopefully semuanya berjalan dengan lancar, maklumlah anak pun dah bertambah..budget pun mesti bertambah...
Read Comments

Monday, May 19, 2008

dupro

Lagi 6 hari nak masuk kerja ,so semalam kami beli susu dupro untuk mia. sebelum nie bf jer, dah nak start kerja nie kena la campur. Kesian dia , confius pulak, semalam pun susah dia nak tidur..Hopefully susu tu ok dgn dia.

emm...untuk yanti , tahniah dah dapat baby girl, 2.4 kg, tp kesian baby kena vacum. alhamdulillah , dua-dua sihat.
Read Comments

Wednesday, May 7, 2008

aslinda diary's

alhamdulillah, dah ada blog sendiri, sebelum nie dgn diary jer tapi sejak dah kawin nie takder masa nak tulis diary, so, skrang nie klu free leh la aku mencoretkan crita hatiku kat cni..
Read Comments