Monday, July 25, 2011

Hadapi Dengan senyuman..

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan

Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini

Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

p/s: khas untuk kawan baikku..Bersabar yer..kuatkan semangat..kalau nak menangis menangis jer, boleh legakan perasaan. Banyak lagi org yg sayang kat ko! :) smile please.........
Read Comments

Thursday, July 21, 2011

Selamat 10 ingitku

Last week kitaorg ada beli barang sikit kat giant. Aku mmg jarang tengok balik resit, selalunya resit tu aku simpan jer dlm beg n ujung bulan buang.. tapi hari tu rasa cam dah terlebih budget pulak..so dengan rajinnya aku intai resit tu..sah adam punya pensil box mahal sesangat ni rm19.90..Aku rasa reganya rm9.90.So aku jumpa customer service.. dlm 10 mnt camtu aku dpt balik 10 inggit refund by cash.Harga asal dia rm19.90 tapi disebabkan diaorg silap tag harga kat rak tu aku dptlah refund.. So peringatan utk aku.. lain kali kalau shopping, cuba nengok resit tu dulu.


Boleh didapati di Giant dgn rega rm19.90.


Read Comments

Aku dan Dia

Hari ni mood sentimental skit..

Aku dan dia..

First time aku nampak dia , di bahagian kitchen mcd uda ocean, pakai baju liverpool. First time naik motor ngan dia semasa aku kena suntik untuk ambil suntikan, sbb kerja kat fast food nie wajib ambil suntikan tu, itu pun terpaksa.First time aku suka kat dia, actually tak ingat sangat sbb first2 mmg tak suka.. rasenya time krew meeting kat tasik titiwangsa kot.

Walaupun banyak perbezaan citarasa antara kami tapi kami juga ada kegemaran yang sama. Kami tidak sempurna tapi kami cuba memberikan yg terbaik. Ya kadang2 timbul perselisihan pendapat tapi itu jugalah yg akan mengeratkan hubungan kami.

Ya aku berharap kasih sayang dan cinta diantara aku dan dia akan sentiasa segar dan kuat.Semoga dia akan menjadi suami ku dunia dan akhirat dan semoga aku menjadi bidadarinya. Amin.
Read Comments

Tuesday, July 19, 2011

Jangan Menilai Sesuatu Daripada luaran Sahaja.

cu tengok gambar ni, mesti korang paham kan..sbb aku malas nk tulis.


macam biasa jer kan..

Tapi dia tipu.. isinya ciput..


Perbezaan yg normal ngan tak normal


* background- bantal ikea RM 9.90 ada sale.. Sila beli di ikea
Read Comments

Tuesday, July 12, 2011

Blog paling kelakar

First time aku baca blog macam ni..memang dr tadi aku tersengih-sengih.. tapi naper dia x updated dia punya blog hah.. Besh giler , mmg terhibur sesangat baca blog dia.

Boleh hilang stress baca blog ni. so next time bila jiwa kacau sila ke http://jebonisme.blogspot.com/
so tak payah aku cari asam laksa lagi .
Read Comments

Sunday, July 10, 2011

Mari Memandu

Hari Sabtu lepas bersamaan dgn 9 July (bersih time)..mr hubby memaksa ku utk aku belajar memandu, maklumlah lesen dlm purse aku ni renew jer tiap2 tahun tp pakainya tidak. Aku dipaksa dan terpaksa menghantar Adam kesekolah Ahad ni disebabkan mr hubby ku ada kelas..So ari tu aku bwk la kereta hitam ku ulang alik dr rumah ke sekolah..2x tau..

Sempot2 jugaklah kreta tu dibuatnya oleh aku yg pandai sesangat memandu ni.. emm yg failnya nk naik bukit tu aku pakai gear 3 tidok ker mati kreta tu.. pastu dah gelabah, aku rasa org belakang pun dah naik kecut takut aku langgar kreta dia.. tp nasib baik mr hubby bg sokongan moral kat aku, walaupun aku rasa dia sendiri pun kecut jugak.. rasa2nya 3 x kreta aku mati.. emm nasibla..Turun jer dari kreta tu rasa nak pitam pun ada. Aku ni tiap2 tahun berazam nak pandai bwk kreta, tp tiap2 tahun jugaklah x tercapai hajat aku.Hopefully tahun ni aku berjaya.

Anak2 ku ceria sbb mamanya pandai bwk kreta(yo lah)

Bersantai di kedai mamak selepas penat mengajar pn istrinya..(penatlah sangat)
Read Comments

Normalkah bayi kurang buang air besar?

Alisha 2 ++ mths

Untuk anak ketiga ni, aku berazam nk fully bf. Sebelum ni untuk anak aku yg lain aku campurkan dgn susu formula. Hari ni dah 4 hari Alisha tak membuang air besar, risau jugak,sbb selalunya kalau minum fm baby mesti kerap membuang . So aku pun mengoogles plus tanya kengkawan aku yg fully bf. Sememangnya kalau baby full bf , memang jarang buang air besar ada yg 6,7 hari sekali baru berak.Sebabnya susu ibu diserap sepenuhnya oleh usus dan tiada bahan buangan untuk dikumuh. Just untuk info benda2 ni kena ambil tau jugaklah , kot2 baby kita ada masalah atau tak..

1. masa baby buang air kecil, apa warnanya - kalau dia sering buang air kecil dan tak warna oren/kuning sgt..just pale yellow - dia tak dehydrate mean baby ok

2- kalau buang air besar 5/6 hari sekali - najisnya warna apa , keras atau lembik atau cair sgt - bayi yg minum susu badan penuh warna dia mcm kunyit/mustard dan lembut berbintil tapi tak cair . kalau keras / mcm tahi kambing mungkin sembelit or kalau warna hijau/brown/hitam ada tanda infection.

and then kalau baby tu tak meragam so kira ok la, tapi kalau time dia nak membuang tu , meragam ker maksudnya mayb ada something wrong.. bawak la jumpa tuan doktor...

So jawapan kepada topik ini normal kalau baby fully bf but x normal kalau baby minum susu formula..


Read Comments

Friday, July 8, 2011

Petua untuk banyakkan susu ibu.

Post nie untuk ingatan diri ku sendiri jugak..ni aku search and jumpa blog nie.. http://amirulhakim.blogspot.com , terima kasih ya tuan punya blog..
Hana baru 2 bulan, tapi semenjak dua menjak ni aku rasa susuku makin krg, adakah kerana aku berpuasa ataupun kerana aku stress..

so, makanan2 yg boleh menambahkan susu anda:-

  1. lobak putih
  2. ikan semua jenis ikan ikan yu (tak penah mkn lg) ikan sardine, tuna, salmon
  3. kurma
  4. jantung pisang
  5. kucai +tauhu+tougeh
  6. petola
  7. kentang rebus
  8. longan kering (air mata kucing)
  9. roti
  10. biskut marrie
  11. daun turi
  12. susu/ soya
  13. halba (msk dlm nasi & air rebusannya minum)
  14. pengaga
  15. kacang buncis
  16. sayur sawi
  17. cheese
  18. planta
**biskut marie pun ada tersenarai.

serta minuman:-

  1. air masak
  2. susu
  3. soya
  4. nestum
  5. oat
  6. horlick
  7. milo
  8. jus buahan
  9. buahan betik/honeydwe
  10. rebusan buah pala
  11. spirulina
  12. air kelapa
  13. rebusan air halba
And then jgn stress2, lepas tu banyakkan berselawat ketika kita pam ataupun menyusukan anak..Aku benar2 berharap aku dpt bf sepenuhnya utk anakku yg ketiga ni. Amin.
Read Comments