Thursday, June 25, 2009

Mia Dengan Kerusinya


ahh..tu la dier, aktiviti mia diwaktu lapang..duduk cam tu n layan la apa2 mainan .Dah bosan kan mula la menangis nak suruh kita angkat dia.
Read Comments

23rd June 2009 part 2

he..he..jgn marah..siap ader part 2..aku just nak selitkan pic kad birthday yg aku dpt. Disebabkan aku rasa cam cun jer kad nie..so apa lah salahnya sekiranya aku menayangkan kad itu disini. kad frm Mr hubby..


cun tak..cun takk..-(ader aku kisah)

you complete me..
Read Comments

Monday, June 22, 2009

23rd June 2009

emm sedapnyer..jemput mkn..

yeh...my birthday...so umur ku dah mencapai 28thn. Em alhamdulillah aku punyai keluarga yg bahagia, dan aku bersyukur atas apa yg aku perolehi. So semalam my hubby beli kek utk aku..sedappp, walaupun bkn secret recepi..Thanks and love u so much. Sempena hari baik nie aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga utk mak ku yg melahirkan aku kedunia ini, yg menjagaku..walaupun aku sedikit mengada-gada/ manja ketika kecik..Love u mum. emm azam aku ..nak pandai bwk keter..walaupun lesen ku dah berumur hampir 3 tahun, tapi simpan dlm wallet jer, jadi isteri yg baik n best buat suamiku, ibu yg baik cam mak aku , buat sedikit perubahan-adalah x leh citer.
Read Comments

Sunday, June 14, 2009

Beriadah di Tmn Bukit Jalil.

Hari ni pagi-pagi lagi kitaorg ke Tmn Bukit Jalil. Selalunya bwk adam n mia main kat playground kat sana jer. Hari ni aku ngan Mr hubby berjogging kat sana. Tmptnya mmg best , besar n mmg sesuai sgt utk jogging. So kat bwh nie pic kita org utk hari nie..


papa n mia -penat nie..

mama n adam-leh kurus tak agak2 lepas nie..

aduh penatnyer jogging
Read Comments

Saturday, June 13, 2009

Resepi Nasi Kerabu.

Memandangkan buku resepi aku dah pun dihancuskan n dibasahkan oleh mia, so aku rasa lg elok aku tulis resepinyer kat sini..resepi ni diambil dr mak aku. pagi tadi aku buat nasi kerabu urk sarapan. So nie ler resepinyer:

Nasi:
-masak nasi cam biasa cuma tambahkan daun limau purut dan pewarna biru.

Sambal Tumis:
-bwg merah, bwg putih, halia(dikisar). Tumiskan bahan2 td bersama dgn cili boh dan kunyit.Masukkan santan dan serai. Selepas tu masukan budu(dlm 2 sudu). kacau sampai pekat.

Sambal Ikan / Kelapa:
-ikan dibakar kemudian asingkan isinya dan ketepikan. Kelapa digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk(jgn hancur sgt) dan diasingkan.Bwg merah, putih, halia, serai, lada hitam, gula dan garam-semuanya dikisarkan.Satukan kesemua bahan dan digaul.

Sambal Cili:
-cili ditumbuk bersama dgn gula,garam.Kemudian tambahkan cuka dan juga perahan air limau.

Ulam-ulaman :
kacang panjang, timun, taugeh, daun kesum, serai-semuanya dipotong halus-halus.

**sukatannya aku main tabur jer , maklum lah resepi dr mak. Mkn dgn daging bakar, solod lada, telur masin dan keropok. emmm sedapnyerrrrr..


Gambar sekadar hiasan.Td tak terpikir lak nak amik gambar.
Read Comments