Showing posts with label Masakan. Show all posts
Showing posts with label Masakan. Show all posts

Saturday, February 6, 2010

Resepi Bihun Ladna

gambar sekadar hiasan..rupa dier cam nie la..lebih kurang..
\
Malam semalam aku masak bihun ladna..first time..sumbernya aku google la..Aku guna jer bahan yg ada. Yg takder tu aku abaikan. Aku suka bihun goreng but Mr hubby lak tak suka.So dia request aku buat bihun ladna. Sebagai rujukan dilain masa..aku letak la..kt sini..

Bahan-bahannya..

Bawang putih
Halia
Isi ayam, udang, sotong
Sos tiram
Stok ayam
Carrot, kubis, apa2 sayur la yg dirasakan sesuai
Tepung jagung
Garam

Cara-caranya..
Panaskan minyak, tumis bawang putih n halia, pastu masukkan isi ayam.kacau n masukkan udang dan sotong..kacaula sesuka hati n then masukkan sos tiram n stok ayam. Selepas itu masukkan tepung jagung(yg telah dibancuh dgn air). Kacau hingga pekat..Tambahkan sayur yg telah dipotong, cili utk pedas.Jgn lupa tambah garam tp jgn banyak sbb sos tiram n stok ayam dah ada garamnya sendiri...Pastu tambahkan bihun..so aft that, leh la makan..


Read Comments

Saturday, June 13, 2009

Resepi Nasi Kerabu.

Memandangkan buku resepi aku dah pun dihancuskan n dibasahkan oleh mia, so aku rasa lg elok aku tulis resepinyer kat sini..resepi ni diambil dr mak aku. pagi tadi aku buat nasi kerabu urk sarapan. So nie ler resepinyer:

Nasi:
-masak nasi cam biasa cuma tambahkan daun limau purut dan pewarna biru.

Sambal Tumis:
-bwg merah, bwg putih, halia(dikisar). Tumiskan bahan2 td bersama dgn cili boh dan kunyit.Masukkan santan dan serai. Selepas tu masukan budu(dlm 2 sudu). kacau sampai pekat.

Sambal Ikan / Kelapa:
-ikan dibakar kemudian asingkan isinya dan ketepikan. Kelapa digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk(jgn hancur sgt) dan diasingkan.Bwg merah, putih, halia, serai, lada hitam, gula dan garam-semuanya dikisarkan.Satukan kesemua bahan dan digaul.

Sambal Cili:
-cili ditumbuk bersama dgn gula,garam.Kemudian tambahkan cuka dan juga perahan air limau.

Ulam-ulaman :
kacang panjang, timun, taugeh, daun kesum, serai-semuanya dipotong halus-halus.

**sukatannya aku main tabur jer , maklum lah resepi dr mak. Mkn dgn daging bakar, solod lada, telur masin dan keropok. emmm sedapnyerrrrr..


Gambar sekadar hiasan.Td tak terpikir lak nak amik gambar.
Read Comments