Monday, February 23, 2009

sorry, tak sengaja.

pinky dlm kenangan

Ucapan tu ditujukan utk suamiku tersayang, sorry bang ek..bukannya sengaja nak hilangkan jam tu.Al kisahnya, aku bukak jam (bum-hadiah b'day last yr) kat toilet offfice, terlupa sampai ke petang, time nak solat asar br aku sedar jam takde, jenuh aku mencari. Dlm hati menyesal tak sudah, selalunya aku takde la tinggal camtu jer..bukannya apa sbb pemberian org kan, tambah2 lagi dr suami sendiri. so, skang tinggal kotak n pic nyer jer.

Read Comments

Sunday, February 8, 2009

Picnic Di sg Chongkak

mia selepas mandi



papa n mia mandi. second pic tu , aku n adam odw nak balik, jauh tu jln..

Semalam bersamaan dgn 8hb Feb 09(Thaipusam day), kitaorg 1 family buat lawatan ke sg congkak. Dah lama tak g ketempat-tempat sebegitu. Time aku kecik dulu ayah aku selalu bawak kita org 1 family mandi2 kat pantai/ air terjun. Time takde kreta pun kita org tumpang2 keter jiran. Time2 dulu kitaorg kalau nak berkelah, leh katakan satu taman tu ikut, so yg mana takde kreta tumpang2 org yg ader kreta. Pernah sekali aku meraung-raung nak ikut diaorg. Sbb masa tu ayah aku kerja kot , aku tak leh g.

Minggu lps kawan aku pergi sg chongkak, dia kata best kat situ ader pokok cam dlm citer kampung boy. Takder la pulak pokok tu, aku pun dok mencari jugak. Mia ngan adam mmg enjoy, tp first2 adam nie takut ngan air, tp bila dia tgok adik dia main air dah berani skit, Bapak dia lg la best, siap nak berenang lagi. Aku la yg tak leh mandi. Saper yg nak jaga brg2 yg kitaorg bwk nie. Tpt cam ni bukannya leh tinggal brg. So tgok jer la budak tu main. Makanan aku bawak jajan jer, coz pagi tu dah makan nasi lemak buatan sendiri..Ingat nak bertolak pagi2 lg, tp my hubby tidur lambat smlm tgok bola. so kitaorg kluar dlm kul 11am. Harap2 lps nie kitaorg berpicnic di rantau abg la pulak. Tul tak bang, saya tuntut nie.. :)











Read Comments

Ala-Ala Tudung Ekin.

Dah lama aku dok usha tudung yg ada 'awning' ni. Tapi muka aku ni cam tak sesuai jer nak pakai tudung cam tu. Tapi last2 aku terbeli jugak, senang nak pakai sebab tak payah nak iron, so kalau g kedai runcit ker leh ler pakai tudung tu. So jumaat lps aku try beli, tp beli yg murah jer nak test dulu, RM8 jer . Balik umah aku rasa cam tak sesuai jer. Ntah bila la aku nak pakai. Aku test tudung tu kat Mia. Comel la pulak dia pakai. Adam pulak nak pakai kopiah, tgok adik dia pakai tudung. cam ustaz ngan ustazah kecik :)


comel tak? siap ada jambul nie..


ustazah ariana n ustaz adam...
Read Comments