Showing posts with label aku dan dia. Show all posts
Showing posts with label aku dan dia. Show all posts

Thursday, July 21, 2011

Aku dan Dia

Hari ni mood sentimental skit..

Aku dan dia..

First time aku nampak dia , di bahagian kitchen mcd uda ocean, pakai baju liverpool. First time naik motor ngan dia semasa aku kena suntik untuk ambil suntikan, sbb kerja kat fast food nie wajib ambil suntikan tu, itu pun terpaksa.First time aku suka kat dia, actually tak ingat sangat sbb first2 mmg tak suka.. rasenya time krew meeting kat tasik titiwangsa kot.

Walaupun banyak perbezaan citarasa antara kami tapi kami juga ada kegemaran yang sama. Kami tidak sempurna tapi kami cuba memberikan yg terbaik. Ya kadang2 timbul perselisihan pendapat tapi itu jugalah yg akan mengeratkan hubungan kami.

Ya aku berharap kasih sayang dan cinta diantara aku dan dia akan sentiasa segar dan kuat.Semoga dia akan menjadi suami ku dunia dan akhirat dan semoga aku menjadi bidadarinya. Amin.
Read Comments

Friday, March 19, 2010

"hadiah untuk isteriku"

Pada suatu petang didlm kereta savvy ku yg bnyk berjasa..on the way pulang kerumah ..

abang: Naper tak guna phone yg satu lagi tu call i?
aku: ala phone tu mati la..dah gelap gulita..tak leh nak on..ala blanjer lah phone nanti hari jadi sy ek..
abang: lambat lg tu.. nak nie.. amik..hadiah sempena jadi isteri sy.
aku: ah..tul ke ni? isk..isk..shahdunya..terharunya..
Terima kasih utk suamiku..dan sesungguhya diri ini ikhlas menjadi isterimu. Akan ku cuba untuk menjadi isteri dan ibu yg baik..

[nokia-2330-classic-3.jpg]


Read Comments

Thursday, June 25, 2009

23rd June 2009 part 2

he..he..jgn marah..siap ader part 2..aku just nak selitkan pic kad birthday yg aku dpt. Disebabkan aku rasa cam cun jer kad nie..so apa lah salahnya sekiranya aku menayangkan kad itu disini. kad frm Mr hubby..


cun tak..cun takk..-(ader aku kisah)

you complete me..
Read Comments

Sunday, March 8, 2009

Perkenalan ku dgn si Dia..

Cerita ni mungkin boring bg sesetengah org, tp aku nak juga cerita coz, ini kenangan aku yg mmg aku akn ingat. kisah pertemuan aku dgn si Dia.

Dlm tahun 2000, tak silap aku time cuti sem, aku tak balik kg, nak cari kerja kat kl, untuk tambah duit poket, maklumlah aku dr keluarga yg susah. Cari punya cari jumpa la kerja kat kedai kasut kat petaling street. Tp tahan 4 hari jer kerja kat situ, coz mmg penat , dan susah nak solat. Aku masuk kerja kul 10 am habis 10pm. rehat 1 hour. Mana nak solat nyer. So dlm tempoh 4 hari tu, time rehat aku pergi lari kat uo (uda ocean) untuk solat. odw tu aku jumpa la mcd UO kecik jer sbelah tu, so niat nak tanya pasal kerja, tp aku singgah mkn beef burger ngan coke. Keesokkan hari tu br aku tanya pasal vacancy, isi borang n then jumpa ngan abg sudin (floor manager). Dia interbiu aku, tak ingat sgt soalannya, tp yg plg aku ingat, kenapa nak kerja sini? Aku dgn jujurnya menjwb coz susah nak solat kerja kat kedai kasut tu. N then dlm 2 days kot aku dpt call dr mcd, so aku dah leh start kerja.

Aku mula start kerja sana, best la coz enjoy , kwn pun ramai (intan, abg zaidi, nora, kak ezah, k.cik, syukri, wan, dll) First time aku jumpa si Dia, tak silap aku time tu mlm, siap2 nak closing, kurus jer org tu, kepala botak, pakai baju calsberg, pakai rantai , masuk dlm store, tanya aku..yg mana satu air panas/sejuk ? Dlm hati aku saper la budak gengster ni? rupa2nya dia pun pat time worker cam aku gak. Start dr pd tu kitaorg kawan tp cam biasa jer, aku tak suka sgt dia coz dia suka botakkan rambut, time tu taste aku org rambut panjang. Seingat aku kitaorg mula rapat time pergi krew meeting kat tasik perdana. dan sekarang Dia telah pun menjadi suamiku yg sah..walaupun mmg bnyk dugaan yg kami hadapi sblm nie. Alhamdulillah, semoga kehidupan kami bahagia didunia dan akhirat dan semoga kami tabah utk menghadapi dugaan dari-Nya.Amin.


pic si Dia.
Read Comments

Monday, February 23, 2009

sorry, tak sengaja.

pinky dlm kenangan

Ucapan tu ditujukan utk suamiku tersayang, sorry bang ek..bukannya sengaja nak hilangkan jam tu.Al kisahnya, aku bukak jam (bum-hadiah b'day last yr) kat toilet offfice, terlupa sampai ke petang, time nak solat asar br aku sedar jam takde, jenuh aku mencari. Dlm hati menyesal tak sudah, selalunya aku takde la tinggal camtu jer..bukannya apa sbb pemberian org kan, tambah2 lagi dr suami sendiri. so, skang tinggal kotak n pic nyer jer.

Read Comments