Saturday, July 18, 2009

Sehari Bersama Adam

Nie cerita minggu3x lepas. Disebabkan aku terpaksa bekerja pd hari sabtu dan ahad(27th n 28th june) . So aku bwk la bebudak tu kat opis. Hari sabtu bwk Mia n hari Ahad bwk Adam.Pagi2x Ahad Mr hubby antar kitaorg n time balik, balik sendiri la. Lagipun Adam mmg teringin nk naik train. sanggup jln kaki tu.Mmg rutin aku dr office ke lrt masjid jamek/dang wangi aku jln kaki ambil masa dlm 20mnt gak. Bnyk gak aku bg alasan kat Adam, kata train rosak la, penat la. tp degil nak jugak balik naik train. So kitaorg berdua-duaan berjln kaki.Adam tak merungut penat langsung sampaila ke station dang wangi. Diolag dia ngan aku dlm train:-
Adam: mama ..boleh tak Adam ckp kat org tu.."org tua boleh Adam nak duduk"
Aku: hish..mana leh ckp cam tue..
Adam: oo..abis tu Adam kena ckp "autie... leh Adam duduk".
aku: aahh.. cam tu la.
penat la tu.. he..he sian dia, last2 dpt jugak dia duduk. Pas tu kitaorg g jln2 kat mid valley, window shopping jer.Penat mmg penat tp seronak. Gambar muka boring Adam tunggu train akn diupdate kemudian. Sekian.
Read Comments

New Handbag.

Kalau nk ikutkan tajuk ni dah basi almaklumlah takder masa nak update blog..Ni juga sbg rujukan utk aku, braper lamer lak tahan handbag nie. so handbag nie aku beli kat sogo. 70% diskaun, so aku telah mengeluarkan duitku sbnyk rm60++ pada 19hb june 09..Sbelum ni aku beli cap Cleef. So skang nie try Revival lak. Purse tu lak dah lamer ek, sesajer nak amik gambar coz jenama sama. Purse tu aku beli kat Manjung , tak silap aku masa mengandung kat Mia lg..Dekat 2 tahun jugak ler..

okey tak..okey takk..

revival purse-tarikh membeli raser2nya hujung thn 2007.
Read Comments

Sunday, July 5, 2009

Hari Sukan Tadika Cahayaku Seri Nilam..

emm sebelum masuk kecerita nie..aku nk cerita dulu kisah hujung mggu lepas. Tak silap aku hari sabtu dlm kul 7 pagi. Bangun2 tidur jer Adam masuk bilik solat, bukak lampu then dr ruang tamu aku dgr dier dok mengira..1,2,3,4 ho..ho.. rey, 5,6,7,8, go..go..go..1,2,3,4..oooo 5,6,7,8..yeeellooow.. he..he..kelakar lak..rupa2nya dier dok practise utk latihan rumah sukan dia....so hari nie kita org satu family pergi ke hari sukannyer..Aku rasa best la majlis tu..Anak2 kita pun berani, dan diaorg mmg jujur bersukan.. emm hari nie adam masuk acara: tiup belon, isi air dlm baldi, baling pundi kacang (tul tak, pundi kacang ker?) baling gelung rotan..sunguh2 dia lari..cute lak tgok.. And mak dier pun masuk gak lari dlm guni..aku n mr hubby masuk lukis potret dan juga mencari anak. Mr hubby lak masuk lari berjengket dan berjaya mendapat tempat kedua....n teka gula2..aku berjaya mendapat tmpt ke-4 dr 14 peserta..kira hebatla tu kan..Tahniah diucapkan utk pengetua nya Puan Rozinah dan juga cikgu2 yg menjayakan majlis nie..Mari kita layan gambar2 nie..


Bersiap-sedia utk perbarisan..

Acara membaling gelung

Tiup belon..fail last2 aku yg tolong tiup..

Isi air dlm botol..
Read Comments

Happy Birthday Boss...

Emm susah betul nk cari masa nk memblog nie..banyak sebenarnya benda nk tulis tp takder masa.. minggu lepas seminggu kerja..termasuklah sabtu ahad.. biasaler ujung bln.
emm berbalik pd tajuk diatas.. 1st july aritu, dept kami buat majlis utk boss..tp lunchnyer mkn disponsor oleh boss kami.. sedappppp.. ayam masak merahnyer mmg best.. lupa lak nama catering tu..so..melantak sakan la kami..utk boss..selamat menyambut ulang thn yg ke 39 kot..(aku pun lupa umur dier..) semoga mendapat kebahagiaan didunia dan akhirat. semoga bos menjadi boss yg best.Jgn lupa tahun dpn blanjer lg.. kat hotel ker..ok tak?


Happy Birthday Boss

cam tak cukupjer


Jom Makan...
Read Comments

Thursday, June 25, 2009

Mia Dengan Kerusinya


ahh..tu la dier, aktiviti mia diwaktu lapang..duduk cam tu n layan la apa2 mainan .Dah bosan kan mula la menangis nak suruh kita angkat dia.
Read Comments

23rd June 2009 part 2

he..he..jgn marah..siap ader part 2..aku just nak selitkan pic kad birthday yg aku dpt. Disebabkan aku rasa cam cun jer kad nie..so apa lah salahnya sekiranya aku menayangkan kad itu disini. kad frm Mr hubby..


cun tak..cun takk..-(ader aku kisah)

you complete me..
Read Comments

Monday, June 22, 2009

23rd June 2009

emm sedapnyer..jemput mkn..

yeh...my birthday...so umur ku dah mencapai 28thn. Em alhamdulillah aku punyai keluarga yg bahagia, dan aku bersyukur atas apa yg aku perolehi. So semalam my hubby beli kek utk aku..sedappp, walaupun bkn secret recepi..Thanks and love u so much. Sempena hari baik nie aku nak ucapkan terima kasih tak terhingga utk mak ku yg melahirkan aku kedunia ini, yg menjagaku..walaupun aku sedikit mengada-gada/ manja ketika kecik..Love u mum. emm azam aku ..nak pandai bwk keter..walaupun lesen ku dah berumur hampir 3 tahun, tapi simpan dlm wallet jer, jadi isteri yg baik n best buat suamiku, ibu yg baik cam mak aku , buat sedikit perubahan-adalah x leh citer.
Read Comments

Sunday, June 14, 2009

Beriadah di Tmn Bukit Jalil.

Hari ni pagi-pagi lagi kitaorg ke Tmn Bukit Jalil. Selalunya bwk adam n mia main kat playground kat sana jer. Hari ni aku ngan Mr hubby berjogging kat sana. Tmptnya mmg best , besar n mmg sesuai sgt utk jogging. So kat bwh nie pic kita org utk hari nie..


papa n mia -penat nie..

mama n adam-leh kurus tak agak2 lepas nie..

aduh penatnyer jogging
Read Comments

Saturday, June 13, 2009

Resepi Nasi Kerabu.

Memandangkan buku resepi aku dah pun dihancuskan n dibasahkan oleh mia, so aku rasa lg elok aku tulis resepinyer kat sini..resepi ni diambil dr mak aku. pagi tadi aku buat nasi kerabu urk sarapan. So nie ler resepinyer:

Nasi:
-masak nasi cam biasa cuma tambahkan daun limau purut dan pewarna biru.

Sambal Tumis:
-bwg merah, bwg putih, halia(dikisar). Tumiskan bahan2 td bersama dgn cili boh dan kunyit.Masukkan santan dan serai. Selepas tu masukan budu(dlm 2 sudu). kacau sampai pekat.

Sambal Ikan / Kelapa:
-ikan dibakar kemudian asingkan isinya dan ketepikan. Kelapa digoreng tanpa minyak kemudian ditumbuk(jgn hancur sgt) dan diasingkan.Bwg merah, putih, halia, serai, lada hitam, gula dan garam-semuanya dikisarkan.Satukan kesemua bahan dan digaul.

Sambal Cili:
-cili ditumbuk bersama dgn gula,garam.Kemudian tambahkan cuka dan juga perahan air limau.

Ulam-ulaman :
kacang panjang, timun, taugeh, daun kesum, serai-semuanya dipotong halus-halus.

**sukatannya aku main tabur jer , maklum lah resepi dr mak. Mkn dgn daging bakar, solod lada, telur masin dan keropok. emmm sedapnyerrrrr..


Gambar sekadar hiasan.Td tak terpikir lak nak amik gambar.
Read Comments

Saturday, April 25, 2009

Sebelum kelahiran Anak-anakku- Part 1

Adam Farihin 4 tahun 4 bulan

Adam Farihin.
Sehari sebelum kelahirannya, habis kerja kul 4.45, tunggu husband dtg ambik, masa tu aku kerja kat bangunan o'connors. lama sgt tunggu, sbbnya husband aku tertidur kat umah. Berdiri lama gak rasanya 1 jam lebih la jugak. Lepastu kitaorg gi pasar malam, beli murtabak, air tebu n nasi ayam .Kat rumah masa tu adik beradik aku semua ader. Almaklumlah time cuti sekolah. Malam tu aku mkn murtabak n air tebu, banyak la jugak. Orang kata tak elok minum air tebu time pregnant, tp aku dah teringin sgt.
Besoknya hari sabtu 18 dec 2008, lps subuh, duduk2 ngan husband dlm kul 8am tu sakit perut. Tapi time tu gak aku teringin nak mkn goreng pisang. Kejut kakak aku suruh goreng pisang n adik aku kakcik urut belakang aku. Masa tu aku tak tahu pun dah nak bersalin, malas nak g hospital lagi. Husband aku g ambil kereta ngan mak mertua. Sempat lagi hantar adik dia kat UPM. Maklumlah x sure nak bersalin ke tak. Nasib baiklah mak n ayah aku pun odw ke kl coz nak g kenduri kawin cousin aku kat putrajaya.Last2 dlm kul 10 lbh kitaorg g hospital, terus masuk labour room, time tu berat aku 59kg.( sebelum mengandung 45kg). Alhamdulillah, aku selamat lahirkan Adam Farihin normal kul 11 lebih.(lupalak kul berapa, malas nak g ambik surat beranak dia) , Lepas bersalin tu, aku teringat goreng pisang. Suruh kakak aku bwk. Malangnya mak mertua aku tak bg mkn. Org bersalin manaleh mkn goreng pisang.. masa tu mana la aku tau sgt pasal pantang nie. Bab2 nak control mkn nie mmg masalah besar kat aku..Aku bersyukur sangat time tu, sbb semua org ada kat umah, lg pun time tu aku tak kerja, ma n abah pun odw nak dtg kl.Aku nak bersalin pun takder la lama sgt.Adam Farihin-nama ni diambil dr majalah pa n ma.
Read Comments

Sunday, March 8, 2009

Perkenalan ku dgn si Dia..

Cerita ni mungkin boring bg sesetengah org, tp aku nak juga cerita coz, ini kenangan aku yg mmg aku akn ingat. kisah pertemuan aku dgn si Dia.

Dlm tahun 2000, tak silap aku time cuti sem, aku tak balik kg, nak cari kerja kat kl, untuk tambah duit poket, maklumlah aku dr keluarga yg susah. Cari punya cari jumpa la kerja kat kedai kasut kat petaling street. Tp tahan 4 hari jer kerja kat situ, coz mmg penat , dan susah nak solat. Aku masuk kerja kul 10 am habis 10pm. rehat 1 hour. Mana nak solat nyer. So dlm tempoh 4 hari tu, time rehat aku pergi lari kat uo (uda ocean) untuk solat. odw tu aku jumpa la mcd UO kecik jer sbelah tu, so niat nak tanya pasal kerja, tp aku singgah mkn beef burger ngan coke. Keesokkan hari tu br aku tanya pasal vacancy, isi borang n then jumpa ngan abg sudin (floor manager). Dia interbiu aku, tak ingat sgt soalannya, tp yg plg aku ingat, kenapa nak kerja sini? Aku dgn jujurnya menjwb coz susah nak solat kerja kat kedai kasut tu. N then dlm 2 days kot aku dpt call dr mcd, so aku dah leh start kerja.

Aku mula start kerja sana, best la coz enjoy , kwn pun ramai (intan, abg zaidi, nora, kak ezah, k.cik, syukri, wan, dll) First time aku jumpa si Dia, tak silap aku time tu mlm, siap2 nak closing, kurus jer org tu, kepala botak, pakai baju calsberg, pakai rantai , masuk dlm store, tanya aku..yg mana satu air panas/sejuk ? Dlm hati aku saper la budak gengster ni? rupa2nya dia pun pat time worker cam aku gak. Start dr pd tu kitaorg kawan tp cam biasa jer, aku tak suka sgt dia coz dia suka botakkan rambut, time tu taste aku org rambut panjang. Seingat aku kitaorg mula rapat time pergi krew meeting kat tasik perdana. dan sekarang Dia telah pun menjadi suamiku yg sah..walaupun mmg bnyk dugaan yg kami hadapi sblm nie. Alhamdulillah, semoga kehidupan kami bahagia didunia dan akhirat dan semoga kami tabah utk menghadapi dugaan dari-Nya.Amin.


pic si Dia.
Read Comments

Monday, February 23, 2009

sorry, tak sengaja.

pinky dlm kenangan

Ucapan tu ditujukan utk suamiku tersayang, sorry bang ek..bukannya sengaja nak hilangkan jam tu.Al kisahnya, aku bukak jam (bum-hadiah b'day last yr) kat toilet offfice, terlupa sampai ke petang, time nak solat asar br aku sedar jam takde, jenuh aku mencari. Dlm hati menyesal tak sudah, selalunya aku takde la tinggal camtu jer..bukannya apa sbb pemberian org kan, tambah2 lagi dr suami sendiri. so, skang tinggal kotak n pic nyer jer.

Read Comments

Sunday, February 8, 2009

Picnic Di sg Chongkak

mia selepas mandi



papa n mia mandi. second pic tu , aku n adam odw nak balik, jauh tu jln..

Semalam bersamaan dgn 8hb Feb 09(Thaipusam day), kitaorg 1 family buat lawatan ke sg congkak. Dah lama tak g ketempat-tempat sebegitu. Time aku kecik dulu ayah aku selalu bawak kita org 1 family mandi2 kat pantai/ air terjun. Time takde kreta pun kita org tumpang2 keter jiran. Time2 dulu kitaorg kalau nak berkelah, leh katakan satu taman tu ikut, so yg mana takde kreta tumpang2 org yg ader kreta. Pernah sekali aku meraung-raung nak ikut diaorg. Sbb masa tu ayah aku kerja kot , aku tak leh g.

Minggu lps kawan aku pergi sg chongkak, dia kata best kat situ ader pokok cam dlm citer kampung boy. Takder la pulak pokok tu, aku pun dok mencari jugak. Mia ngan adam mmg enjoy, tp first2 adam nie takut ngan air, tp bila dia tgok adik dia main air dah berani skit, Bapak dia lg la best, siap nak berenang lagi. Aku la yg tak leh mandi. Saper yg nak jaga brg2 yg kitaorg bwk nie. Tpt cam ni bukannya leh tinggal brg. So tgok jer la budak tu main. Makanan aku bawak jajan jer, coz pagi tu dah makan nasi lemak buatan sendiri..Ingat nak bertolak pagi2 lg, tp my hubby tidur lambat smlm tgok bola. so kitaorg kluar dlm kul 11am. Harap2 lps nie kitaorg berpicnic di rantau abg la pulak. Tul tak bang, saya tuntut nie.. :)











Read Comments

Ala-Ala Tudung Ekin.

Dah lama aku dok usha tudung yg ada 'awning' ni. Tapi muka aku ni cam tak sesuai jer nak pakai tudung cam tu. Tapi last2 aku terbeli jugak, senang nak pakai sebab tak payah nak iron, so kalau g kedai runcit ker leh ler pakai tudung tu. So jumaat lps aku try beli, tp beli yg murah jer nak test dulu, RM8 jer . Balik umah aku rasa cam tak sesuai jer. Ntah bila la aku nak pakai. Aku test tudung tu kat Mia. Comel la pulak dia pakai. Adam pulak nak pakai kopiah, tgok adik dia pakai tudung. cam ustaz ngan ustazah kecik :)


comel tak? siap ada jambul nie..


ustazah ariana n ustaz adam...
Read Comments

Saturday, January 31, 2009

Hasil Kerja Adam.

Dah sebulan adam kat tadika cahayaku seri nilam. So far so good, dia dah pandai tulis , walaupun tak cantik, membaca pun boleh lah merangkak2 tu pun dua suku kata.Kerja sekolah, tiap2 hr ada. Mesti nak tuggu mama dia balik kerja baru nak buat kerja sekolah. Nie ada serba sedikit hasil tulisan adam buat masa kini...

masa kat opis aku hari sabtu, dok2 bosan2
nak belajar tulis nama dier

"mama jgn buat tau, nanti cikgu marah,
cikgu panggil mama g skolah."

Read Comments